Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Lelaki rentung dalam kemalangan
  • KEMALANGAN

Lelaki rentung dalam kemalangan

Utusan Sarawak 17 hours ago

BINTULU: Seorang lelaki ditemukan rentung selepas lori muatan kelapa sawit yang dipandunya terbakar dalam satu kemalangan kendiri di Jalan Kidurong, pagi tadi.

Mangsa dikenal pasti sebagai Mugai Juming, 59 tahun.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.55 pagi.

Sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) bersama lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu kemudian dikerahkan ke lokasi kejadian, kira-kira enam kilometer dari balai.

“Sebaik tiba, didapati bahagian hadapan lori 30 tan itu terbakar sepenuhnya. Seorang lelaki ditemukan rentung di bahagian tempat duduk pemandu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Pasukan bomba menjalankan operasi pemadaman menggunakan satu aliran salur bantu mula yang disambungkan ke pili bomba sehingga api berjaya dipadamkan sepenuhnya.

Menurut pihak bomba, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Operasi ditamatkan sepenuhnya pada 11.45 pagi selepas keadaan disahkan selamat dan terkawal.

Oleh Carolyne Utih

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: APM Tatau bantu mangsa sakit buah pinggang, sesak nafas
Next: Dua lelaki maut terjatuh ke dalam ruangan sempit kapal

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.