Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Lelaki positif dadah, miliki dua rekod lampau ditahan polis 
  • JENAYAH

Lelaki positif dadah, miliki dua rekod lampau ditahan polis 

Utusan Sarawak 13 hours ago
LELAKI berusia 37 tahun ditahan polis kerana disyaki terlibat dalam kegiatan penyalahgunaan dadah dalam satu operasi di kawasan Betong, tengah hari tadi. Foto: IPD Betong

BETONG: Seorang lelaki berusia 37 tahun ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Betong dalam satu operasi di kawasan Betong, tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Betong, DSP Wan Mohamad Ali Wan Malek mengesahkan tangkapan itu dibuat kira-kira 1.30 tengah hari selepas suspek dipercayai memiliki dadah serta disyaki terlibat dalam kegiatan penyalahgunaan dadah.

Menurut beliau, suspek kemudian dibawa ke IPD Betong bagi tindakan lanjut dan siasatan lanjut dijalankan oleh pihak polis.

“Hasil saringan ujian air kencing yang dijalankan di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Betong mendapati suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semakan rekod lampau turut mendapati suspek mempunyai dua rekod berkaitan kesalahan dadah.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah.

Jika disabitkan kesalahan, suspek boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara sehingga lima tahun.

Selain itu, kes turut disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) akta sama kerana penyalahgunaan dadah yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun, jika sabit kesalahan.

DSP Wan Mohamad Ali berkata, polis memandang serius kesalahan dadah dalam kalangan masyarakat dan tidak akan berkompromi terhadap kegiatan berkenaan.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti dadah di daerah Betong diminta menyalurkannya kepada Balai Polis Betong di talian 083-472345.

Oleh Adi Safarman

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Seleweng dana NGO: SPRM sita RM4 juta aset pendakwah bebas  
Next: SPRM sita aset tak alih RM18.36 juta dalam siasatan dana NGO

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.