Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Lelaki positif dadah ditahan polis di Lubok Antu
  • JENAYAH

Lelaki positif dadah ditahan polis di Lubok Antu

Utusan Sarawak 10 hours ago
LELAKI berusia lewat 20-an ditahan pasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Lubok Antu dalam satu operasi di kawasan Jalan Bukong, semalam. Foto IPD Lubok Antu

LUBOK ANTU: Seorang lelaki berusia lewat 20-an ditahan pasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lubok Antu dalam satu operasi di kawasan Jalan Bukong, di sini, semalam.

Menurut kenyataan media IPD Lubok Antu, suspek diberkas hasil risikan dan pemantauan yang dijalankan oleh pihak polis berhubung aktiviti penyalahgunaan dadah di kawasan berkenaan.

Hasil pemeriksaan lanjut mendapati suspek disyaki terlibat dalam kegiatan penyalahgunaan bahan terlarang, sekali gus membawa kepada penahanannya untuk siasatan lanjut.

Ujian awal saringan air kencing yang dijalankan ke atas suspek mendapati lelaki tersebut positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

Berikutan itu, kes disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman terhadap individu yang didapati menggunakan dadah.

Pihak polis turut menegaskan komitmen berterusan dalam membanteras kegiatan penyalahgunaan dadah khususnya di Daerah Lubok Antu melalui operasi dan tindakan penguatkuasaan secara berkala.

Sehubungan dengan itu, orang ramai dinasihatkan agar terus menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa sekiranya mempunyai sebarang maklumat berkaitan aktiviti dadah bagi memastikan jenayah tersebut dapat dibendung daripada terus berleluasa.

Oleh Adi Safarman

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Suspek dua rekod lampau dadah ditahan positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.