Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Lelaki positif dadah ditahan Polis Bau
  • JENAYAH

Lelaki positif dadah ditahan Polis Bau

Utusan Sarawak 6 hours ago
LELAKI tempatan ditahan selepas didapati positif dadah.

BAU: Seorang lelaki tempatan berusia 30 tahun ditahan selepas didapati positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine dalam operasi Op Tapis.

Ketua Polis Daerah Bau, Superintenden Mohd Haide A Rahman, berkata saringan air kencing dijalankan ke atas suspek di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau kira-kira 11.00 pagi tadi.

Beliau berkata keputusan ujian saringan awal mendapati suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine sebelum ditahan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Suspek yang bekerja sebagai buruh dan berasal dari Kampung Pangkalan, Bau itu tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Hasil soal siasat awal mendapati suspek mengaku kali terakhir mengambil syabu tiga hari sebelum ditahan.

Mohd Haide berkata suspek kini ditahan di lokap Balai Polis Bau bagi membantu siasatan lanjut.

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Gudang simpan produk daging khinzir tanpa permit bernilai RM6.2 juta diserbu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.