Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Lelaki positif dadah ditahan di Bau
  • JENAYAH

Lelaki positif dadah ditahan di Bau

Utusan Sarawak 4 hours ago
DITAHAN… Lelaki berusia 32 tahun ditahan polis di tepi jalan Kampung Opar, Bau kerana memiliki dadah. Foto IPD Bau

BAU: Lelaki berusia 32 tahun ditahan polis di tepi jalan Kampung Opar di sini kerana memiliki dadah.

Ketua Polis Daerah Bau, Supt Mohd Haide A. Rahman, berkata tangkapan dilakukan oleh anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau kira-kira 1.40 tengah hari.

“Dalam pemeriksaan yang dijalankan, polis menemui satu paket plastik lutsinar berisi bahan kristal yang disyaki dadah jenis syabu seberat kira-kira 0.42 gram dengan anggaran nilai RM40,” katanya.

Beliau berkata suspek turut didapati positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine selepas menjalani ujian saringan awal air kencing.

“Suspek ditahan di bawah Seksyen 12(2)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah, dan di bawah Seksyen 15(1)(a) akta yang sama selepas ujian air kencing mendapati suspek positif dadah,” katanya.

Menurut Mohd Haide, suspek kini ditahan di lokap Balai Polis Bau bagi tujuan permohonan reman.

Oleh Connie Chieng

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: 35 kenderaan, 35 individu diperiksa dalam Operasi Bersepadu Cegah Jenayah di Bau
Next: Polis IPD Meradong tahan lelaki disyaki terlibat dadah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.