

LAWAS: Seorang lelaki tempatan berusia 27 tahun ditahan polis di sebuah rumah di Jalan Merapok di sini atas kesalahan mencuri.
Ketua Polis Daerah Lawas, DSP Liong Tindan, berkata pihaknya menerima laporan polis daripada seorang lelaki tempatan berhubung kehilangan besi tiang rumah miliknya yang berada di tapak pembinaan.
Sejumlah 52 batang besi berukuran 10 kaki 8 inci dilaporkan hilang dengan anggaran kerugian RM1,000.
“Bertindak atas laporan yang diterima, pada 4 Februari 2026 10.45 pagi, pihak polis berjaya menahan seorang lelaki tempatan berusia 27 tahun kerja buruh di sebuah rumah di jalan Merapok Lawas.
“Turut dirampas beberapa batang besi dan sebuah motosikal suspek untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Hasil soal siasat terhadap suspek, pihak polis berjaya menemui dan merampas besi pelbagai saiz dari sebuah kedai besi buruk di Lawas.
Hasil ujian air kencing suspek mendapati beliau positif dadah jenis Meth & Amp.
Semakan kesalahan lampau mendapati suspek tiada kesalahan lampau. Kes disiasat mengikut seksyen 379 KK dan seksyen 15(1)(a) ADB 1952.
Oleh Adeng Idris