Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Lelaki positif dadah ditahan, 22 saman dikeluarkan dalam Operasi Bersepadu IPD Lubok Antu
  • JENAYAH

Lelaki positif dadah ditahan, 22 saman dikeluarkan dalam Operasi Bersepadu IPD Lubok Antu

Utusan Sarawak 7 hours ago
SEORANG lelaki berusia 57 tahun berjaya ditahan oleh pasukan polis dalam satu Operasi Pencegahan Jenayah yang dilancarkan oleh IPD Lubok Antu di Lebuh Raya Pan Borneo, berhampiran Engkilili, petang tadi. Foto IPD Lubok Antu

LUBOK ANTU: Seorang lelaki berusia 57 tahun ditahan polis selepas didapati positif dadah dalam Operasi Bersepadu Pencegahan Jenayah yang dijalankan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lubok Antu di Lebuh Raya Pan Borneo berhampiran Engkilili, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Lubok Antu, DSP Pricha Azin berkata, ujian saringan air kencing yang dijalankan ke atas suspek mendapati lelaki itu positif Amphetamine dan Methamphetamine.

Beliau berkata, suspek kini disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana disyaki menggunakan dadah berbahaya.

Menurutnya, operasi bersepadu itu diketuai Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Daerah, Inspektor Nelson Ensit, dengan penglibatan 20 anggota pelbagai pangkat daripada beberapa cawangan IPD Lubok Antu.

Katanya, operasi tersebut dilaksanakan bagi menurunkan kadar jenayah indeks, mencegah serta membanteras kegiatan jenayah dan penyalahgunaan dadah, selain menguatkuasakan undang-undang lalu lintas.

Dalam operasi sama, polis turut mengeluarkan sebanyak 22 saman atas pelbagai kesalahan lalu lintas yang dikesan sepanjang pemeriksaan dijalankan.

Beliau berkata, sebanyak 185 kenderaan pelbagai jenis dan 203 individu telah diperiksa menerusi sekatan jalan raya yang diadakan di lokasi operasi.

DSP Pricha berkata, operasi seperti itu akan diteruskan secara berkala sebagai langkah proaktif bagi mengesan pelaku jenayah, penyalahgunaan dadah serta memastikan pematuhan terhadap peraturan lalu lintas.

“IPD Lubok Antu akan terus komited menguatkuasakan undang-undang dan melaksanakan operasi dari semasa ke semasa bagi memastikan tahap keselamatan serta ketenteraman awam di Daerah Lubok Antu sentiasa terpelihara,” katanya dalam satu kenyataan, malam ini.

Oleh Adi Safarman

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Sindiket libatkan warga asing: SPRM reman 33 individu termasuk 10 pegawai penguat kuasa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.