Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Lelaki OKU hilang selepas keluar ke kebun sawit di Bintangor, SAR diteruskan
  • WILAYAH

Lelaki OKU hilang selepas keluar ke kebun sawit di Bintangor, SAR diteruskan

Utusan Sarawak 4 hours ago
ANGGOTA JBPM bersama PDRM serta RELA menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki OKU mental yang dilaporkan hilang di kawasan kebun sawit Batu 1, Jalan KJD, Bintangor, hari ini. Foto JBPM Sarawak

BINTANGOR: Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) mental dilaporkan hilang selepas tidak pulang ke rumah sejak semalam, sekali gus mencetuskan operasi mencari dan menyelamat (SAR) oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sarawak di Batu 1, Jalan KJD, di sini.

Mangsa, Tang Teck Tuong, 41, dilaporkan kali terakhir dilihat pada 5 Februari lalu kira-kira 8.00 malam selepas pulang dari kerja kebun sawit di belakang rumahnya. Menurut laporan yang diterima daripada abang mangsa, Tang Teck Hiep, mangsa tidak pulang ke rumah seperti kebiasaan dan usaha pencarian awal oleh keluarga serta penduduk setempat gagal menemui mangsa.

Susulan itu, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor menerima panggilan kecemasan pada 9.45 pagi, hari ini, sebelum menggerakkan jentera ke lokasi kejadian pada 9.46 pagi. Kenderaan Toyota Hilux bersama tiga anggota bomba diketuai Gara Ensonin tiba di lokasi pada 10.30 pagi.

Setibanya di lokasi, pihak bomba mendapatkan maklumat lengkap daripada waris dan penduduk bagi mengenal pasti lokasi terakhir mangsa sebelum satu taklimat ringkas diadakan bersama semua agensi terlibat. Taklimat tersebut diketuai oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), manakala perancangan kaedah dan teknik pencarian diketuai oleh anggota BBP Bintangor yang mengetuai operasi SAR.

Operasi SAR bermula pada 10.35 pagi dengan pencarian hari pertama melibatkan radius kurang satu kilometer dari kediaman mangsa. Pencarian tertumpu di kawasan kebun sawit menggunakan teknik ‘hasty search’, melibatkan kerjasama pelbagai agensi penyelamat.

Seramai 16 anggota daripada tiga agensi terlibat dalam operasi berkenaan, terdiri daripada JBPM (tiga anggota), PDRM (lima anggota) dan Jabatan Sukarelawan (RELA) (lapan anggota), dengan jarak perjalanan operasi kira-kira 15 kilometer.

Bagaimanapun, setakat hari pertama operasi, pencarian masih belum menemui sebarang petunjuk. Setelah perbincangan bersama semua agensi terlibat di lokasi, operasi SAR dihentikan sementara dan dijadualkan disambung semula pada 2.00 petang, pada hari yang sama.

Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu pihak berkuasa bagi melancarkan usaha pencarian.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Kebocoran gas di tapak pembinaan SK Tudan, bomba laksana langkah keselamatan
Next: Projek Tebingan Saratok RM91 juta bakal jadi mercu tanda ikonik DUN Kalaka

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.