Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Lelaki OKU dilaporkan hilang di Kota Samarahan
  • Selatan
  • WILAYAH

Lelaki OKU dilaporkan hilang di Kota Samarahan

Utusan Sarawak 5 hours ago
LELAKI yang hilang dikenali sebagai Jenickson Billa Sawi.

KOTA SAMARAHAN: Polis memohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang lelaki berusia 21 tahun yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di IKE Village, Kota Samarahan pada 7 Jun lalu.

Ketua Polis Daerah Samarahan DSP Barry William berkata, lelaki yang hilang itu dikenali sebagai Jenickson Billa Sawi, berbangsa Iban, dan sehingga kini masih belum dapat dikesan.

“Menurut ahli keluarganya, Jenickson merupakan seorang orang kurang upaya (OKU) fizikal dan turut menghidap penyakit sawan yang memerlukan pengambilan ubat setiap hari,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Barry, pihak keluarga tidak dapat memastikan pakaian yang dipakai Jenickson ketika keluar dari rumah. Beliau berkata lelaki tersebut ada membawa telefon bimbit, namun tidak dapat dihubungi sehingga kini.

Sehubungan itu, polis memohon orang ramai yang ternampak atau mempunyai maklumat mengenai keberadaan Jenickson agar tampil membantu.

Mereka yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Ketua Polis Balai Kota Samarahan, SM Malini Anak Dipa di talian 014-6493898 atau mana mana balai polis berhampiran.

Polis turut merayu kerjasama orang ramai bagi membantu mengesan lelaki berkenaan dengan segera.

Oleh Connie Chieng

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Lawatan kerja bantu kenal pasti keperluan sebenar rakyat
Next: Bomba musnahkan sarang tebuan di kebun Jalan Merudu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.