

LIMBANG: Seorang lelaki kurang upaya (OKU) dilaporkan hilang di hutan berhampiran rumah setinggan berdekatan Klinik Kesihatan Mendamit, di sini, pada Ahad lalu.
Ketua Bomba Zon Tujuh Limbang, Ramlan Marajan, berkata mangsa dikenali sebagai Ganda Sandin, 56 tahun, telah keluar dari rumah pada 10.30 malam dan gagal kembali.
Katanya, pihak bomba bersama penduduk kampung, polis dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) telah melancarkan usaha mencari mangsa hari ini, namun sehingga kini mangsa masih belum dijumpai.
“Operasi pencarian dibahagikan kepada dua pasukan, melibatkan kawasan sungai menghala ke hutan di belakang Klinik Kesihatan Mendamit dan kawasan setinggan menghala ke klinik berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau menambah, operasi pencarian ditangguhkan pada 4.45 petang kerana faktor cuaca dan dijangka disambung esok.
Oleh Adeng Edrus