Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Lelaki obes meninggal dunia, tiga hari selepas pembedahan pintasan gastrik
  • GLOBAL

Lelaki obes meninggal dunia, tiga hari selepas pembedahan pintasan gastrik

Utusan Sarawak 3 hours ago
LI Jiang mempunyai berat badan berlebihan dan menghadapi masalah untuk mengubah tabiat pemakanannya.

ZHENGZHOU, China: Seorang lelaki berusia 36 tahun dari Xinxiang, Henan meninggal dunia tiga hari selepas menjalani pembedahan pintasan gastrik yang dilakukan bagi menurunkan berat badan sebelum bertemu ibu bapa kekasihnya.

Mangsa, yang dikenali sebagai Li Jiang, mempunyai ketinggian 174 sentimeter dan berat lebih daripada 134 kilogram (kg).

Beliau dimasukkan ke Hospital di Zhengzhou pada 30 September dan menjalani pembedahan pada 2 Oktober.

Selepas pembedahan, Li dipindahkan ke unit rawatan rapi (ICU) untuk pemantauan dan stabil sebelum dipindahkan ke wad biasa pada 3 Oktober.

Bagaimanapun, keadaan Li merosot secara tiba-tiba pada 4 Oktober apabila beliau ditemui tidak bernafas sekitar 6.40 pagi dan segera dibawa semula ke ICU untuk rawatan kecemasan.

Li disahkan meninggal dunia pada 5 Oktober akibat kegagalan pernafasan.

Menurut rekod perubatan, Li mengalami peningkatan berat badan progresif sejak setahun lalu, disertai masalah berdengkur teruk ketika tidur selain turut mempunyai hipertensi dan hati berlemak.

Keluarga Li mempersoalkan sama ada pihak hospital telah membuat penilaian sewajarnya terhadap keadaan fizikalnya sebelum pembedahan dan bagaimana komplikasi selepas pembedahan dijalankan.

Pihak hospital, dalam kenyataan mereka, menjelaskan bahawa Li memenuhi petunjuk klinikal untuk prosedur tersebut dan pasukan perubatan bertindak segera apabila keadaan mangsa merosot.

Kedua-dua pihak kini telah bersetuju untuk menjalankan bedah siasat bagi menentukan punca sebenar kematian, yang akan diputuskan oleh Suruhanjaya Kesihatan tempatan.

Kejadian ini juga telah mencetuskan perbincangan hangat di media sosial mengenai risiko pembedahan bariatrik. – Agensi

Continue Reading

Previous: Sembilan maut dalam letupan tidak disengajakan di Kashmir
Next: Kedai Dragon Ball pertama di dunia dibuka

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.