Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Lelaki mengamuk di tabika, guru wanita cedera
  • JENAYAH

Lelaki mengamuk di tabika, guru wanita cedera

Utusan Sarawak 2 years ago
BERSELERAK….Keadaan dalam tabika berselerak selepas kejadian amuk oleh seorang remaja lelaki, pagi semalam.

SARIKEI: Seorang remaja lelaki berumur 17 tahun ditahan polis selepas disyaki mengamuk dan memecahkan harta benda di salah sebuah tabika di Kampung Rajang, Tanjung Manis.

Ketua Polis Daerah Sarikei, Superitendan Awang Arfian Awang Bujang berkata, kejadian berlaku sekitar 8.20 pagi semalam.

“Remaja ini datang ke tabika dalam keadaan mengamuk.

“Suspek cuba masuk ke dalam kelas dari pintu hadapan, namun gagal kerana ada pembantu murid menahan pintu.

“Setelah itu, suspek cuba mencari jalan lain dengan cara memecahkan tingkap dan pintu belakang tabika, dan berjaya masuk ke dalam tabika.

“Seorang guru wanita tabika itu sempat bergelut dengan suspek untuk membawanya keluar,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Susulan kejadian, katanya, guru wanita itu mengalami kecederaan pada tangan, kaki dan belakang badan akibat bergelut dengan suspek.

“Selepas itu, suspek lari ke tabika berselahan dan cuba memasuki tabika tersebut, namun gagal dan berjaya ditahan oleh pengawal keselamatan sebelum diserahkan kepada pihak polis.

“Antara barang yang telah dirosakkan oleh suspek adalah lima unit pasu bunga, empat unit cermin tingkap kaca, satu unit pintu kayu dan papan pensel.

“Jumlah anggaran kerugian adalah RM700. Kes disiasat di bawah Seksyen 427 kerana melakukan khianat harta benda dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan,” katanya.

Beliau berkata, suspek dibawa ke mahkamah majistet Sarikei untuk perintah reman, hari ini.

Oleh EARL ANEK

Continue Reading

Previous: Pencarian dua tahanan warga Indonesia diperluaskan
Next: ‘Inspektor Khoo’ sekali lagi punca pesara guru rugi RM739,050

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.