Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Lelaki mengaku tidak bersalah memandu melulu rempuh enam kenderaan
  • MAHKAMAH

Lelaki mengaku tidak bersalah memandu melulu rempuh enam kenderaan

Utusan Sarawak 3 hours ago
DIDAKWA…Leong (dua kiri) diiringi oleh anggota polis setelah didakwa di Mahkamah Majistret, semalam.

SIBU: Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini semalam atas pertuduhan memandu secara melulu dan berbahaya sehingga terlibat dalam kemalangan membabitkan enam kenderaan lain di Jalan Dr Wong Soon Kai, pada 12 Mac lepas.

Tertuduh, Andy Leong Khai Sheng, 24, membuat pengaku itu di hadapan Majistret Oon Kork Chern, yang kemudian membenarkan tertuduh bebas dengan ikat jamin RM5,000 dengan dua penjamin.

Terdahulu, Leong yang memandu sebuah kereta didakwa memandu secara melulu dan berbahaya iaitu secara zig zag pada 12 Mac 2026, lebih kurang 9.48 malam di Jalan Dr Wong Soon Kai, sebelum merempuh enam kenderaan lain. 

Sehubungan itu, tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, yang sabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih lima tahun dan denda tidak kurang RM5,000 serta tidak lebih RM15,000.

Leong turut didakwa atas satu pertuduhan menyalahguna dadah jenis Amphetamine, Methamphetamine dan Ketamine ketika ditahan di Balai Polis Sungai Merah pada 12 Mac 2026, sekitar 11.10 malam.

Bagi pertuduhan ini, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 15(1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum di bawah Seksyen 15(1) Akta yang sama, yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun.

Bagaimanapun tiada pengakuan diambil daripada tertuduh bagi pertuduhan ini memandangkan laporan patologi masil belum diperolehi.

Tertuduh dibenarkan bebas dengan ikat jamin RM3,000 dengan dua penjamin tempatan yang mempunyai pendapatan bulanan tidak kurang RM2,000.

Mahkamah menetapkan 21 Mei ini sebagai tarikh pengurusan bagi kedua-dua kes.

Kejadian yang tular di media sosial menunjukkan sebuah kereta yang dipandu tertuduh sedang bergerak menuju ke arah persimpangan lampu isyarat di Jalan Dr Wong Soon Kai.

Ketika menghampiri persimpangan tersebut, kenderaan berkenaan dipercayai gagal berhenti di lampu isyarat sebelum merempuh enam buah kenderaan lain yang berada di hadapannya.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Keshava Rao Therma Raja sementara tertuduh diwakil peguam Yap Hoi Liong dan Ben Lau Le Bin.

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: Jual rokok bawah harga minimum, peniaga di Sibu didenda RM2,000
Next: Najib mohon kebenaran merayu saman RM1.9 juta terhadap Tommy Thomas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.