Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Lelaki mengaku bunuh bekas PM Jepun Shinzo Abe
  • GLOBAL

Lelaki mengaku bunuh bekas PM Jepun Shinzo Abe

Utusan Sarawak 12 hours ago
PARA pelawat menabur bunga dan mendoakan bekas Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe, yang ditembak semasa berkempen pilihan raya parlimen pada 2022, semasa upacara peringatan setahun pembunuhannya di Kuil Zojoji, Tokyo, Jepun, 8 Julai 2023. Foto fail

NARA (Jepun): Seorang lelaki yang didakwa membunuh bekas Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe pada 2022 mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu pada Selasa ketika perbicaraan yang dinanti-nantikan dibuka tiga tahun selepas kejadian tembakan, lapor Kyodo News.

Tetsuya Yamagami, 45, dituduh membunuh Abe, perdana menteri pasca perang paling lama berkhidmat di Jepun dengan menggunakan senjata api buatan sendiri semasa ucapan kempen pilihan raya di barat Jepun.

Mahkamah Daerah Nara yang mendengar pengakuan tertuduh akan mengadakan beberapa siri pendengaran sebelum menjatuhkan hukuman pada Januari.

Yamagami memberitahu penyiasat, dia bertindak kerana rasa dendam terhadap Unification Church yang disalahkannya atas kehancuran kewangan keluarganya selepas ibunya mendermakan kira-kira 100 juta yen (AS$660,000) kepada kumpulan itu.

Menurut penyiasat, Abe menjadi sasaran kerana datuknya, bekas Perdana Menteri Nobusuke Kishi, membantu memperkenalkan gereja itu ke Jepun.

Perbicaraan berprofil tinggi itu menarik perhatian umum dengan 727 orang beratur pada pagi Selasa untuk merebut 32 tempat duduk awam yang disediakan di ruang mahkamah.

Pembunuhan itu turut mendedahkan hubungan rapat antara kumpulan agama kontroversi berkenaan dengan ahli Parti Demokratik Liberal yang memerintah, parti yang pernah dipimpin oleh Abe.- Bernama-Kyodo

Continue Reading

Previous: Ikan Murray Cod Australia pecah rekod selepas berenang sejauh 860 kilometer

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.