Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Lelaki melecur, van pekerja terbakar
  • KEMALANGAN

Lelaki melecur, van pekerja terbakar

Utusan Sarawak 2 months ago

BINTULU : Seorang lelaki melecur di bahagian muka  selepas van pekerja dinaikinya terbakar di Jalan Tun Ahmad Zaidi  di sini, pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata dalam kejadian kebakaran 8.43 pagi itu, mangsa berusia 25 tahun diberi rawatan awal oleh pasukan bomba sebelum dihantar ke Hospital Bintulu untuk  rawatan lanjut.

Katanya, pihak bomba menerima panggilan pada 8.43 pagi dan sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu digerakkan ke lokasi  yang terletak pada jarak satu kilometer dari balai.

“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO)   di lokasi, didapati kebakaran melibatkan tong gasoline yang dibawa didalam sebuah van pekerja untuk sebuah syarikat “subcond” pendawaian elektrik.

“Terdapat sedikit kebakaran di bahagian pemandu dan pintu penumpang van syarikat tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya,  PKO melakukan pemadaman dengan membentang satu aliran salur bantu mula, satu nozel sumber air dari pam jentera sehingga api padam sepenuhnya.

“Operasi  itu tamat sepenuhnya jam 9.00 pagi,” ujarnya.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: Bot karam: Seorang maut, seorang lagi cedera
Next: Motosikal terbabas, lelaki disahkan maut

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.