Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Lelaki melecur dalam kebakaran rumah kedai di Kampung Raso 2
  • KEBAKARAN

Lelaki melecur dalam kebakaran rumah kedai di Kampung Raso 2

Utusan Sarawak 4 hours ago
KEBAKARAN melibatkan rumah kedai di Kampung Raso 2, Jalan Raso 2, Lundu pagi tadi. Foto BBP Lundu

LUNDU: Lelaki berusia 19 tahun cedera akibat kebakaran melibatkan rumah kedai di Kampung Raso 2, Jalan Raso 2, pagi tadi.

Menurut laporan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Sarawak, kejadian kebakaran sekitar 9.35 pagi membabitkan rumah kedai berkeluasan kira-kira 40×40 kaki persegi yang terbakar sekitar 30 peratus manakala rumah kediaman berdekatan seluas 100×50 kaki persegi turut terbakar kira-kira 15 peratus.

“Mangsa mengalami kecederaan melecur dan telah dihantar ke Hospital Bau oleh ahli keluarga sebelum ketibaan pihak JBPM,” karanya dalam satu laporan yang dikeluarkan hari ini.

KEBAKARAN melibatkan rumah kedai di Kampung Raso 2, Jalan Raso 2, Lundu pagi tadi. Foto BBP Lundu

Mengulas lanjut, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lundu dan jentera tiba di lokasi kejadian pada 10.10 pagi.

“Setibanya di lokasi, api telah berjaya dipadamkan oleh penduduk kampung. Pasukan bomba kemudiannya menjalankan kerja-kerja baik pulih secara menyeluruh bagi memastikan tiada lagi punca api yang boleh mencetuskan kebakaran semula.

“Operasi berjaya dikawal sepenuhnya,” jelasnya.

Operasi yang diketuai PPgB Muhamad Hazijul Abdul Mujun, bersama tujuh anggota BBP Lundu terlibat dalam operasi tersebut dengan bantuan sebuah jentera LFRT, EMRS serta sebuah kenderaan Hilux.

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Kebakaran setinggan di Tatau ragut satu nyawa, 30 rumah musnah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.