Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Lelaki maut, tiga cedera dalam kemalangan treler dan pacuan empat roda di Samalaju
  • KEMALANGAN

Lelaki maut, tiga cedera dalam kemalangan treler dan pacuan empat roda di Samalaju

Utusan Sarawak 1 day ago
Keadaan kenderaan 4WD selepas insiden malang itu.

BINTULU: Seorang lelaki warga Indonesia maut manakala tiga lagi cedera dalam kemalangan melibatkan sebuah treler panjang dan kenderaan pacuan empat roda di hadapan stesen minyak Samalaju, Jalan Pesisir Bintulu–Miri, hari ini.

Menurut Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Difahamkan, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada 5.33 petang sebelum sepasukan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kidurong digerakkan ke lokasi.

“Setibanya di tempat kejadian, didapati kemalangan melibatkan sebuah treler panjang dan kenderaan 4WD.

“Seorang lelaki disahkan telah meninggal dunia manakala tiga lagi mangsa termasuk pemandu treler mengalami kecederaan,” katanya.

Ketiga-tiga mangsa yang cedera telah diberikan rawatan awal oleh pasukan perubatan sebelum dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

Sementara itu, mayat mangsa yang maut pula diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Pengawal keselamatan maut, motosikal rempuh kerbau di Limbang
Next: Wanita cedera dalam kemalangan kendiri di Bintulu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.