Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Lelaki maut, rumah didiami runtuh
  • KEMALANGAN

Lelaki maut, rumah didiami runtuh

Utusan Sarawak 4 months ago

Keadaan sebuah rumah yang runtuh di Jalan Stampin Baru yang mengorbankan seorang lelaki, awal pagi tadi. - Foto ihsan bomba

KUCHING: Seorang lelaki maut apabila rumah yang didiaminya runtuh dalam kejadian di Jalan Stampin Baru, di sini awal pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memaklumkan pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian terbabit pada 2.50 pagi.

“Sejurus tiba di lokasi, orang awam memaklumkan terdapat mangsa yang berada di dalam rumah kediaman satu tingkat jenis kekal berkenaan.

“Susulan itu, pihak bomba bertindak menjalankan operasi mencari dan menyelamat mangsa di lokasi kejadian dan berjaya menemukan mangsa, seorang lelaki yang tidak sedarkan diri di bawah runtuhan,” menurut PGO JBPM Sarawak dalam kenyataan di sini hari ini.

Lim Inn Tong, 58, berjaya dikeluarkan daripada runtuhan pada 4.05 pagi dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi.

“Mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. Siasatan akan dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian terbabit,” menurut kenyataan itu.

— BERNAMA

Continue Reading

Previous: Dah 3 hari berlalu, mangsa jatuh ke laut belum ditemukan
Next: Berpantang maut sebelum ajal

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.