Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Lelaki maut rempuh belakang lori rosak
  • KEMALANGAN

Lelaki maut rempuh belakang lori rosak

Utusan Sarawak 14 hours ago

SEORANG lelaki maut selepas melanggar belakang sebuah lori rosak di Jalan Ladang Rinwood Pelita Mukah Plantation, malam tadi. Foto IPD Mukah

MUKAH: Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditungganginya melanggar belakang sebuah lori rosak di Jalan Ladang Rinwood Pelita Mukah Plantation, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Mukah DSP Muhamad Rizal Alias berkata dalam kejadian kira-kira 8.00 malam itu, mangsa berusia 21 tahun yang juga pekerja am di ladang berkenaan sedang menunggang dari arah Rumah Kenyana 1 Rinwood Pelita Mukah Plantation sebelum melanggar lori yang berhenti di laluan jalan tersebut.

“Akibat perlanggaran itu, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan dada.

“Mangsa yang menunggang seorang diri telah dibawa ke Hospital Mukah untuk menerima rawatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan hospital pada 9.00 malam.

Menurutnya, saksi kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Mohd Rahmat Jalimin di talian 011-3162 7137 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Oleh Tarani Lanting

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Fatal accident near Unimas traffic light claims one life

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.