Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Lelaki maut motosikal ditunggang hilang kawalan lalu terbabas
  • KEMALANGAN

Lelaki maut motosikal ditunggang hilang kawalan lalu terbabas

Utusan Sarawak 7 months ago
LOKASI KEJADIAN… Jalan menuju ke Bulatan Datu Patinggi Abang Abdillah Datu Bandar Muhammad Kasim.

KUCHING: Seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 30-an maut dalam satu kemalangan jalan raya di Bulatan Datu Patinggi Abang Abdillah Datu Bandar Muhammad Kasim di sini, awal pagi tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Mohd Farhan Lee Abdullah, kejadian tersebut berlaku lebih kurang 3.40 pagi, melibatkan sebuah motosikal jenis Yamaha Y15ZR.

Katanya, motosikal tersebut dikatakan hilang kawalan ketika bergerak lurus dari arah Jalan Tun Salahuddin sebelum terbabas dan memasuki bulatan berkenaan.

“Penunggang motosikal tersebut disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dari Unit Kecemasan Hospital Umum Sarawak di lokasi kejadian pada 4.00 pagi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. 

Tambah Farhan, kes ini sedang disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 atas kesalahan memandu secara melulu atau berbahaya sehingga menyebabkan kematian. 

“Jika disabitkan kesalahan, pesalah boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda sehingga RM50,000,” katanya. 

Dalam pada itu, pihak polis menyeru sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini supaya tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Charlie Aloysius, di talian 014-8682068 atau Balai Polis Trafik Kuching di talian 082-259900.

Farhan turut menasihati pengguna jalan raya agar sentiasa berhati-hati semasa memandu serta mematuhi undang-undang jalan raya bagi mengelakkan kemalangan. 

Tags: Kemalangan & Kebakaran

Continue Reading

Previous: Kereta terbakar setelah bertembung dengan 4WD
Next: Lelaki selamat kemalangan kendiri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.