Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Lelaki maut, motosikal bertembung dengan lori
  • KEMALANGAN

Lelaki maut, motosikal bertembung dengan lori

Utusan Sarawak 2 hours ago
KEMALANGAN MAUT….Seorang lelaki maut apabila motosikal yang ditungganginya bertembung dengan sebuah lori membawa muatan baja di Kilometer 20, Jalan Mukah-Balingian, malam tadi.

MUKAH: Seorang lelaki maut apabila motosikal yang ditungganginya bertembung dengan sebuah lori membawa muatan baja di Kilometer 20, Jalan Mukah-Balingian, malam tadi.

Dalam kejadian sekitar jam 11.00 malam itu, mangsa berusia 30 tahun dari Kampung Kuala Penipah, Mukah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian kepala, kaki kiri dan tangan kiri.

Ketua Polis Daerah Mukah, DSP Muhamad Rizal Alias berkata, kemalangan tersebut melibatkan dua kenderaan iaitu sebuah lori 25 tan yang membawa muatan baja dan sebuah motosikal.

KEMALANGAN MAUT….Seorang lelaki maut apabila motosikal yang ditungganginya bertembung dengan sebuah lori membawa muatan baja di Kilometer 20, Jalan Mukah-Balingian, malam tadi.

Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika lori yang dipandu lelaki berusia 36 tahun bergerak lurus dari arah simpang Jalan Metading menuju ke bandar Mukah.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, lori tersebut bertembung dengan sebuah motosikal dari arah bertentangan yang ditunggang lelaki berusia 30 tahun yang dipercayai tiba-tiba memasuki laluannya.

“Akibat kemalangan itu, penunggang motosikal disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Mukah yang hadir di lokasi kejadian.

“Manakala, pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, orang ramai yang menyaksikan kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Mohd Rahmat Jalimin di talian 011-31627137 atau tampil di mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

“Orang ramai juga dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati ketika memandu atau menunggang motosikal, khususnya di laluan gelap pada waktu malam bagi mengelakkan kemalangan,” katanya.

Oleh Akun Giman

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Warga emas maut dilanggar van penghantar sayur di Lebuh Raya Pan Borneo

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.