Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Lelaki maut, mangsa lain cedera dalam kemalangan tiga kenderaan di Serian
  • KEMALANGAN

Lelaki maut, mangsa lain cedera dalam kemalangan tiga kenderaan di Serian

Utusan Sarawak 6 hours ago
Keadaan kemalangan melibatkan tiga kenderaan berhampiran Sekolah Kebangsaan Telagus, Jalan Balai Ringin, Serian.

SERIAN: Seorang lelaki dewasa maut, manakala beberapa lagi dilaporkan cedera dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan berhampiran Sekolah Kebangsaan Telagus di Jalan Balai Ringin, hari ini.

Menurut laporan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM), kemalangan yang berlaku pada 1.18 petang melibatkan sebuah Toyota Avanza, Proton Saga dan Proton X50.

“Mangsa yang maut adalah penumpang dalam Toyota Avanza yang membawa empat individu, termasuk seorang kanak-kanak dan seorang wanita dewasa.

“Sebelum ketibaan pasukan bomba, mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM), manakala seorang lelaki dewasa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Penumpang dalam Proton Saga dan Proton X50 pula mengalami kecederaan ringan dan menerima rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan, hari ini.

Mengulas lanjut, Toyota Avanza yang terlibat membawa empat mangsa iaitu dua lelaki dewasa, seorang perempuan dewasa dan seorang kanak-kanak. 

“Seorang lelaki dewasa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala tiga lagi cedera.

“Bagi penumpang Proton Saga terdiri daripada seorang lelaki dewasa dan seorang perempuan dewasa, manakala Proton X50 membawa seorang lelaki dewasa dan dua perempuan dewasa, kesemuanya mengalami kecederaan ringan,” jelasnya.

Operasi penyelamatan diketuai Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian, PBK I Rosnani Malong, melibatkan tujuh anggota bomba dengan menggunakan sebuah jentera FRT dan EMRS berjaya dikawal sepenuhnya pada 2.00 petang.

Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan KKM turut berada di lokasi bagi membantu mengurus keadaan dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Penyelia projek SSLR maut dalam kemalangan di Lawas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.