Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Lelaki maut, kereta terbalik di Jalan Singai Musi-Bau
  • KEMALANGAN

Lelaki maut, kereta terbalik di Jalan Singai Musi-Bau

Utusan Sarawak 1 day ago
BOMBA mengeluarkan mangsa terperangkap dalam kenderaan terbalik. 

BAU: Seorang lelaki maut apabila Proton Wira Sedan yang dipandunya terbabas dan terbalik dalam longkang di tepi Jalan Singai Musi-Bau pagi tadi.

“Menurut laporan Pusat Gerakan Operasi Sarawak, Pusat Kawalan Operasi (PKO) menerima panggilan kecemasan pada 7.40 pagi sebelum jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bau bergegas ke lokasi kejadian.”

Setibanya di lokasi, pihak bomba mendapati mangsa seorang lelaki terperangkap dalam kenderaan yang terbalik. 

Mangsa berjaya dikeluarkan menggunakan pengusung sebelum disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM). Mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Operasi diketuai PBK I Awang Saiful Awang Nusi bersama enam anggota, menggunakan satu jentera FRT dan satu jentera EMRS.”

Amanda L

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Lelaki cedera kemalangan dua kenderaan di Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.