Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Lelaki maut kereta terbabas langgar penghadang
  • KEMALANGAN

Lelaki maut kereta terbabas langgar penghadang

Utusan Sarawak 5 hours ago
TERBABAS…Keadaan kereta dipandu mangsa selepas terbabas sebelum melanggar besi penghadang jalan dalam kemalangan di Jalan Lambir Pan Borneo Miri–Bintulu, petang semalam.

MIRI: Seorang lelaki maut apabila kereta yang dipandunya terbabas sebelum melanggar besi penghadang jalan dalam kemalangan di Jalan Lambir, Lebuh Raya Pan Borneo Miri–Bintulu, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 1.50 petang itu, mangsa berusia 39 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner (ACP) Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, kemalangan berkenaan melibatkan sebuah motokar yang dinaiki mangsa bersama seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kenderaan dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke kiri jalan dan merempuh besi penghadang.

“Akibat kemalangan itu, pemandu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Manakala penumpang kanak-kanak mengalami kecederaan dan kini menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Umum Miri,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat trafik, Inspektor Nor Afifah Nordin di talian 019-5264640 atau 085-430479 atau balai polis berhampiran.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Penjawat awam cedera parah dihempap pokok di Lawas
Next: Wanita maut dalam kemalangan kendiri di Selangau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.