Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Lelaki maut kereta hilang kawalan di Suai
  • KEMALANGAN

Lelaki maut kereta hilang kawalan di Suai

Utusan Sarawak 12 hours ago
REMUK…Keadaan kereta mangsa yang remuk setelah terlibat dalam kemalangan di Lebuh Raya Pan Borneo KM823.2 Miri-Bintulu di kawasan Suai di sini, semalam.

MIRI: Seorang lelaki maut setelah kereta dipandunya terbabas dalam kemalangan di Lebuh Raya Pan Borneo KM823.2 Miri-Bintulu di kawasan Suai di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Asisiten Komisioner Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, mangsa berusia 32 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian dalam kejadian yang berlaku sekitar 2.00 petang.

“Mangsa dalam perjalanan dari arah Miri menuju ke Bintulu dan ketika sampai di kawasan Suai kereta yang dipandu telah hilang kawalan dan terbabas ke bahu kiri jalan dan telah masuk ke dalam kawasan semak.

“Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan,” katanya dalam satu kenyataan, pagi tadi.

Kes itu kini disiasat di bawah Seksyen 41(1)Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Dua lelaki maut tercampak dari van di Jalan Pan Borneo, Tatau
Next: Tujuh pemancing terselamat selepas bot karam di Tanjung Po

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.