Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Lelaki maut, isteri selamat selepas kenderaan terjunam gaung di Ulu Baram
  • KEMALANGAN

Lelaki maut, isteri selamat selepas kenderaan terjunam gaung di Ulu Baram

Utusan Sarawak 3 hours ago
TERJUNAM…Keadaan kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mangsa selepas  terjunam ke dalam gaung sedalam sekitar 15 meter berhampiran Kem Pelutan, Ulu Baram, awal pagi tadi. 

MIRI: Seorang lelaki maut manakala isterinya terselamat selepas kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka terjunam ke dalam gaung sedalam sekitar 15 meter berhampiran Kem Pelutan, Ulu Baram, awal pagi tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 12.49 pagi sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Marudi digerakkan ke lokasi yang terletak sekitar 220 kilometer dari balai.

Menurutnya, sebaik tiba di lokasi pada 7.50 pagi, pasukan operasi mendapati sebuah kenderaan jenis Toyota Hilux terjatuh ke dalam gaung dari bahu jalan.

“Pasukan bomba menjalankan operasi menyelamat dengan menggunakan tali bagi menuruni cerun sebelum mendapati seorang lelaki masih terperangkap di dalam kenderaan tersebut.

“Mangsa kemudian dikeluarkan bersama bantuan ahli keluarga dan dibawa naik ke bahu jalan menggunakan pengusung sebelum dihantar ke klinik berhampiran,” katanya dalam satu kenyataan petang tadi.

Mangsa disahkan meninggal dunia, manakala isterinya terselamat selepas berjaya dikeluarkan lebih awal oleh pekerja di Kem Pelutan.

Wanita berkenaan telah dibawa ke Klinik Long San untuk pemeriksaan lanjut dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Operasi yang diketuai PBK II Kebing Ngau melibatkan tiga anggota bersama sebuah jentera dan ditamatkan sepenuhnya pada 8.45 pagi selepas keadaan disahkan selamat dan terkawal.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: Dua cedera kemalangan dua Lori di Jalan Muara Tebas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.