Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Lelaki maut ditembak rakan sendiri ketika berburu di Sri Aman
  • JENAYAH

Lelaki maut ditembak rakan sendiri ketika berburu di Sri Aman

Utusan Sarawak 5 days ago
SUPERINTENDEN Dennis Bunyam. -Foto Adi Safarman

SRI AMAN: Seorang lelaki berusia 40-an maut dipercayai akibat tertembak oleh rakannya sendiri ketika berburu di kawasan hutan Sungai Dor, Melugu, petang Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah (KPD) Sri Aman, Superintenden Dennis Bunyam berkata pihaknya menerima maklumat sekitar 5.30 petang Ahad mengenai kejadian tertembak rakan sendiri semasa aktiviti memburu di kawasan hutan tersebut.

“Mangsa merupakan lelaki warga tempatan berusia dalam lingkungan umur 40-an terkena tembakan pada bahagian kepala dalam insiden itu.

“Suspek yang merupakan rakan mangsa berusia 46 tahun itu melepaskan tembakan ke arah subjek yang disangka babi hutan itu,” jelasnya dalam satu kenyataan kepada media, semalam.

Dennis berkata pemeriksaan yang dijalankan oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang berada di lokasi mengesahkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Pemeriksaan awal yang dijalankan mendapati suspek tidak memiliki lesen senjata api yang sah bagi menjalankan aktiviti memburu di kawasan terbabit.

“Pihak polis kemudiannya bertindak merampas selaras senapang patah yang digunakan suspek dalam kejadian tersebut,” jelas Dennis.

Suspek kini ditahan bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 304A Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian tanpa niat serta disiasat di bawah Akta Senjata 1960 kerana memiliki senjata api tanpa lesen yang sah.

Oleh Adi Safarman

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: RM5.4 juta daging beku haram dirampas dalam dua serbuan di Miri
Next: Tertipu iklan Facebook, lelaki kehilangan RM900,000

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.