Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Lelaki 18 tahun maut, disyaki dibunuh di rumah sewa Lundu
  • JENAYAH

Lelaki 18 tahun maut, disyaki dibunuh di rumah sewa Lundu

Utusan Sarawak 2 hours ago
GAMBAR hiasan.

LUNDU: Polis mengesahkan menerima satu laporan berhubung kematian seorang lelaki berusia 18 tahun yang dipercayai menjadi mangsa bunuh di sebuah rumah sewa di sini.

Ketua Polis Daerah Lundu, Supt Sudirman Kram berkata pihaknya menerima maklumat kira kira 7.12 pagi tadi daripada seorang pegawai perubatan Hospital Umum Sarawak mengenai seorang lelaki yang dihantar ke Unit Kecemasan dalam keadaan tidak sedarkan diri dan tiada denyutan nadi.

“Mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia. Hasil pemeriksaan awal mendapati mangsa mengalami kecederaan bengkak pada bahagian mata dan pipi kiri serta terdapat kesan darah kering di bahagian hidung,” katanya. 

Siasatan awal mendapati sebelum kejadian, mangsa bersama beberapa rakan sekerja telah menghadiri satu perjumpaan sosial dan dipercayai mengambil minuman keras. 

Pertengkaran berlaku antara mangsa dan suspek, yang juga rakan sekerja serta serumah di rumah sewa mereka, sebelum ia bertukar menjadi pergaduhan fizikal.

“Mangsa dilaporkan pengsan selepas kejadian tersebut dan telah dibawa ke Hospital Umum Sarawak oleh suspek untuk mendapatkan rawatan,” katanya.

Polis telah menahan tiga lelaki yang merupakan rakan sekerja mangsa bagi membantu siasatan.

Kenderaan pacuan empat roda serta beberapa unit telefon bimbit turut dirampas untuk tujuan siasatan lanjut.

Seorang lagi suspek yang dipercayai melarikan diri selepas menghantar mangsa ke hospital kini sedang dikesan dan usaha memburunya sedang giat dijalankan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan polis.

Oleh Connie Chieng

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Lelaki 33 tahun ditahan miliki syabu dalam Op Tapis Khas IPD Betong
Next: Ops Luxury, Ops Gempur: JPJ Kuching sita lapan kenderaan termasuk tiga kereta mewah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.