Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Lelaki maut dalam kemalangan kereta, treler
  • KEMALANGAN

Lelaki maut dalam kemalangan kereta, treler

Utusan Sarawak 8 months ago

MAUT...Lokasi kemalangan maut yang melibatkan sebuah treler dan kereta  di Jalan Pesisir Pantai, dekat Niah.  

MIRI: Seorang lelaki maut selepas treler dipandunya dilanggar sebuah kereta di Jalan Pesisir Pantai, dekat Niah Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner (ACP) Alexson Naga Chabu yang mengesahkan kejadian itu berkata mangsa berusia 51 tahun maut dalam kemalangan yang berlaku kira-kira jam 8.40 pagi. 

“Kemalangan ini menyebabkan kereta tersebut mengalami kerosakan teruk pada keseluruhan bahagian dan pemandunya seorang lelaki berusia 25 tahun hanya mengalami kecederaan luka ringan pada kaki dan tangan. 

“Pemandu lori tersebut disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan lori tersebut mengalami kerosakan pada bahagian kanan lori,” katanya dalam satu kenyataan media. 

Terdahulu, Alexson menjelaskan, dalam kejadian terbabit, kereta tersebut datang dari arah Kampung Iran menghala ke Sepupok, Niah.  

“Siasatan di tempat kejadian mendapati, kereta terbabit dipercayai hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan dan seterusnya melanggar pemandu lori yang berada di sebelah kanan luar kenderaan,” katanya. 

Susulan daripada laporan polis tersebut, satu kertas siasatan dibuka dan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 

Continue Reading

Previous: Sebuah chalet di Jalan Bakam hangus
Next: Rumah sarang burung walit musnah terbakar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.