Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KESIHATAN
  • Lelaki maut akibat selsema burung H5N1 di Kemboja
  • KESIHATAN

Lelaki maut akibat selsema burung H5N1 di Kemboja

Utusan Sarawak 8 hours ago
GAMBAR hiasan.

PHNOM PENH: Seorang lelaki Kemboja berusia 22 tahun meninggal dunia akibat jangkitan influenza avian H5N1, menurut kenyataan Kementerian Kesihatan yang dikeluarkan pada Ahad, lapor Xinhua.

“Keputusan makmal daripada Institut Kesihatan Awam Kebangsaan pada 15 Nov menunjukkan lelaki itu positif virus H5N1,” menurut kenyataan itu.

Mangsa berasal dari Kampung Kien Khleang di daerah Chroy Changvar, Phnom Penh.

Pihak berkuasa kesihatan sedang menyiasat punca jangkitan dan kes disyaki serta individu yang mempunyai kontak rapat dengan mangsa bagi mencegah penularan dalam komuniti.

Ubat antivirus Tamiflu (oseltamivir), yang digunakan untuk menghalang penyebaran selesema burung, turut diedarkan kepada mereka yang mempunyai kontak langsung dengan mangsa, menurut kenyataan itu.

Kementerian Kesihatan menyeru orang ramai supaya lebih berwaspada, sambil menegaskan bahawa selesema burung masih menjadi ancaman kepada kesihatan awam.

Setakat tahun ini, negara Asia Tenggara itu merekodkan 17 kes jangkitan H5N1 dalam kalangan manusia, dengan enam kematian, menurut kementerian berkenaan.

-Bernama

Tags: Kesihatan

Continue Reading

Previous: Pihak berkuasa AS lapor kes jangkitan selsema burung H5N5 pada manusia
Next: Kluster baharu mpox babit empat sekeluarga dikesan – KKM

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.