Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Lelaki maut akibat lemas di kolam renang awam di Sibu
  • JENAYAH

Lelaki maut akibat lemas di kolam renang awam di Sibu

Utusan Sarawak 2 days ago
GAMBAR hiasan.


SIBU:
Seorang lelaki berusia 21 tahun disahkan meninggal dunia selepas dipercayai lemas di sebuah kolam renang awam di Jalan Delta, di sini, Sabtu lalu.


Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu sekitar 8.00 malam selepas laporan awal dibuat oleh abang mangsa.

Menurutnya, mangsa, seorang lelaki tempatan berbangsa Cina, telah diberi bantuan pernafasan kecemasan (CPR) oleh saksi kejadian sejurus dibawa naik dari kolam renang tersebut.

“Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sibu menggunakan ambulans, namun disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital kira-kira 30 minit selepas kejadian,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, hasil pemeriksaan awal ke atas tubuh mangsa tidak menemui sebarang kesan kecederaan dan tiada unsur jenayah dikesan setakat ini.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan serta diminta menghormati privasi keluarga mangsa,” katanya.

Zulkipli turut menggesa orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kes tersebut supaya tampil menyalurkannya kepada balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.

Oleh Tarani Lanting

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Warga emas ditemui mati dalam bilik sewa di Sibu
Next: Street racing crackdown in Kuching with 11 motorcycles seized, over 60 summonses issued

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.