Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Lelaki maki anggota tentera ditahan
  • NASIONAL

Lelaki maki anggota tentera ditahan

Utusan Sarawak 5 years ago

KANGAR: Seorang lelaki ditahan kerana mengeluarkan  kata-kata kesat dan memaki anggota tentera ketika pemeriksaan di sekatan jalan raya (SJR) di Kuala Perlis Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Kangar Supt Wari Kiew berkata, dalam kejadian kira-kira jam 11.45 pagi itu, suspek warga tempatan berumur 35 tahun yang bekerja sendiri itu bertindak melempar kata-kata jelik kepada anggota tentera yang sedang bertugas.

“Kejadian itu berlaku apabila polis meminta kad pengenalan suspek namun suspek telah mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya kepada seorang anggota tentera berada berhampiran,” katanya ketika dihubungi Bernama semalam.

Wari berkata, suspek direman selama sehari bermula semalam dan kes disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan, Peraturan 11 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 dan Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955. – BERNAMA

Continue Reading

Previous: Tindakan tegas akan diambil
Next: Rumah terbakar, budak lelaki rentung

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.