
MATU: Polis menahan lelaki warga tempatan berusia 35 tahun kerana didakwa mengamuk dan merosakan barang-barang rumah di Kampung Pasar Lama, di sini.
Ketua Polis Daerah Matu Daro, DSP Rahim Mihos berkata ketika kejadian Isnin lalu, mangsa yang merupakan ibu kepada suspek telah menegur suspek yang balik ke rumah dalam keadaan mabuk.
“Ini menyebabkan suspek tidak puas hati terhadap mangsa dan mengamuk serta memecahkan meja, kerusi, dinding dan tingkap rumah.
“Tangkapan tersebut dibuat oleh Bahagian Siasatan Jenayah Matu Daro dan kes disiasat dibawah Sek 427 Kanun Keseksaan.
“Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati suspek negatif daripada pengambilan dadah,” katanya.
Penahanan reman ke atas suspek telah dibenarkan selama tempoh empat hari dan kertas siasatan telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya.
Hari ini, 1 April 2026 suspek telah dituduh dibawah seksyen Seksyen 427 Kanun Keseksaan di Mahkamah Sarikei.
Menurut kenyataan itu lagi, tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibuat dan dijatuhi hukuman satu bulan penjara bermula dari tarikh hukuman.
Tertuduh menjalani hukuman penjara di penjara Sibu.