Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Lelaki lepas tembakan di tempat awam dicekup
  • JENAYAH

Lelaki lepas tembakan di tempat awam dicekup

Utusan Sarawak 2 months ago
TERIMA PADAH... Suspek yang ditahan oleh pihak polis kerana dipercayai melepaskan tembakan di tempat awam. -Foto kredit IPD Mukah

MUKAH: Seorang lelaki ditahan polis selepas dipercayai melepaskan tembakan di tempat awam Sungai Maban, Balingian.

Ketua Polis Daerah Mukah, DSP Muhamad Rizal Alias berkata, berdasarkan laporan yang diterima, kejadian berlaku pada sekitar 4.30 petang semalam.

Beliau berkata, Ibu Pejabat Polis (IPD) Mukah menerima laporan daripada seorang wanita berusia 57 tahun, memaklumkan terdengar bunyi tembakan sebanyak dua kali semasa bersama anaknya memasang pukat di Kolam Ikan Sungai Maban, Balingian.

“Wanita yang tidak bekerja itu melihat seorang lelaki yang dikenali sedang memegang senjata api dan mereka telah melarikan diri untuk keselamatan,” katanya menerusi siaran media hari ini.

Katanya, bertindak atas laporan, pada sekitar 1.00 awal pagi tadi, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Mukah telah menahan seorang lelaki warga tempatan berumur 56 tahun.

“Serbuan dilakukan di sebuah bilik Rumah Panjang Sungai Maban Balingian. Turut dirampas ialah selaras senapang angin buatan sendiri, sebanyak 15 guli yang digunakan sebagai peluru dan satu botol berisi bahan api dipercayai spirit.

“Suspek dan barang rampasan di bawa ke IPD Mukah untuk tindakan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum tujuh tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya.

“Kes juga disiasat di bawah Seksyen 39 Akta Senjata 1960 jika sabit kesalahan boleh dipenjara selama setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

“Suspek direman empat hari hingga 20 Mac ini bagi melengkapkan siasatan,” tegasnya.

OLEH AKUN GIMAN

Continue Reading

Previous: Sindiket sijil lahir: Penjawat awam terima ‘habuan’ RM15,000
Next: Imej ejen insurans tercemar, jadi mangsa buli siber

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.