Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Lelaki Jerman dibicarakan atas cubaan bunuh isteri guna piza beracun
  • GLOBAL

Lelaki Jerman dibicarakan atas cubaan bunuh isteri guna piza beracun

Utusan Sarawak 12 hours ago
SEORANG lelaki Jerman dibicarakan pada hari Khamis atas tuduhan cubaan membunuh selepas didakwa meracuni isterinya sebanyak tujuh kali – termasuk dengan piza beku. Foto hiasan

NUREMBERG (Jerman): Seorang lelaki warga Jerman dibicarakan pada Khamis atas pertuduhan cubaan membunuh selepas didakwa meracuni isterinya sebanyak tujuh kali – termasuk melalui piza sejuk beku, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Lelaki berusia 56 tahun itu juga berdepan pertuduhan menyebabkan kecederaan parah di Mahkamah Wilayah Bamberg, di bandar Bamberg, selatan Jerman.

Menurut pertuduhan, lelaki itu mula menjalinkan hubungan dengan seorang wanita lain secara dalam talian pada 2022 dan berjanji akan membina masa depan serta mempunyai anak bersama.

Bagi membebaskan dirinya untuk memulakan kehidupan baharu, dia didakwa merancang untuk membunuh isterinya pada musim panas 2023.

Siasatan mendapati tertuduh melakukan carian di Google menggunakan kata kunci “racun maut untuk manusia” dan “pengesanan keracunan aconite”.

Dia kemudian didakwa memesan beberapa jenis racun tumbuhan ke tempat kerjanya. Pihak pendakwa menuduhnya cuba meracuni pasangannya sebanyak tujuh kali antara Ogos 2023 dan Disember 2024.

Mangsa terselamat setiap kali, namun dalam beberapa kejadian terpaksa dimasukkan ke hospital dan dipasang alat perentak jantung akibat kesan keracunan.

Dalam cubaan terakhir pada Disember 2024, lelaki berkenaan didakwa meletakkan racun pada piza sejuk beku yang dimakan oleh isterinya dan anak lelaki mereka.

Racun itu menyebabkan kedua-duanya mengalami gangguan aritmia jantung yang serius dan nyawa mereka berada dalam bahaya. Mereka hanya terselamat hasil tindakan pantas doktor kecemasan dan petugas paramedik.

Sebaliknya, lelaki itu dikatakan tidak menunjukkan sebarang kebimbangan atau rasa simpati ketika pasukan perubatan berusaha menyelamatkan nyawa mereka.

Pada hujung minggu berikutnya, tertuduh dilaporkan pergi ke Perancis bersama wanita kenalannya sebelum akhirnya ditangkap pihak berkuasa.

Penyiasat menemui sisa pelbagai racun tumbuhan semasa melakukan pemeriksaan.- Bernama-dpa

Continue Reading

Previous: Alaska airlines henti semua penerbangan seluruh negara akibat gangguan teknikal
Next: 20 maut, ramai cedera bas terbakar di India

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.