Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Lelaki jatuh jambatan ditemui lemas
  • KEMALANGAN

Lelaki jatuh jambatan ditemui lemas

Utusan Sarawak 7 months ago

DITEMUI... Anggota bomba mengangkat mayat mangsa yang ditemui hari ini

KUCHING: Seorang lelaki yang dikhuatiri lemas di Sungai Maung, Kampung Gita Lama ditemui meninggal dunia, hari ini.

Komander Operasi, PBK II KUP Ahmad Nasharuddin Su’ut berkata jasad mangsa ditemui terapung pada jarak 50 meter dari jambatan Sungai Maung.

“Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kemudian bertindak mengambil jasad mangsa dengan menggunakan bot penyelamat.

“Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Katanya, operasi SAR meliputi pencarian hingga ke Jambatan Satok dalam radius lima kilometer.

Operasi SAR yang melibatkan sembilan anggota bomba, pihak polis, unit dron polis dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) itu kemudian ditamatkan sepenuhnya pada 4.50 petang.

Semalam, mangsa yang dikenali sebagai Aliff Fadzree Azlam, 34, dilaporkan hilang selepas dipercayai terjatuh dari Jambatan Sungai Maung,Kampung Gita Lama.

Continue Reading

Previous: 15 penghuni hilang tempat berteduh rumah musnah terbakar
Next: Sebuah kapal milik APMM terbakar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.