Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Lelaki jatuh dari tongkang di Sungai Rajang ditemui lemas
  • KEMALANGAN

Lelaki jatuh dari tongkang di Sungai Rajang ditemui lemas

Utusan Sarawak 2 days ago
DITEMUI…. Seorang lelaki yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari tongkang di Sungai Rajang di sini petang Selasa lalu, telah ditemui pagi tadi. Foto JBPM 

KANOWIT: Seorang lelaki yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari tongkang di Sungai Rajang di sini petang Selasa lalu, telah ditemui pagi tadi.

Mangsa dikenali sebagai Jamie Adong, 54, ditemui terapung kira-kira 8.57 pagi oleh orang awam pada jarak lima kilometer dari Pos Kawalan Bomba (PKB).

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sarawak memberitahu, mangsa yang bekerja di kapal tongkang itu tidak berbaju, hanya berseluar dalam dan mempunyai tatu di lengan kanan.

“Selepas menerima maklumat daripada orang awam, pasukan bomba bersama polis dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) bergerak ke lokasi menggunakan bot penyelamat. 

“Mayat mangsa dibawa ke jeti Pekan Kanowit sebelum disahkan sebagai individu yang dilaporkan hilang semalam oleh ahli keluarganya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan pada 10.30 pagi.

Operasi SAR itu melibatkan lima anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kanowit diketuai PBK II Peter Jinang bersama sebuah jentera LFRT, sebuah DMAX dan sebuah bot penyelamat.

Turut serta, tujuh anggota polis, empat anggota Pasukan Polis Marin dengan sebuah bot serta lima anggota APM bersama sebuah bot.

Terdahulu semasa kejadian petang Selasa lalu, mangsa dipercayai sedang membuang air besar di hujung tongkang yang ditunda oleh sebuah bot tunda sebelum terjatuh ke sungai pada jarak kira-kira dua kilometer dari Pekan Kanowit.

Oleh Akun Giman

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Fatal motorcycle accident claims two lives on Pan Borneo Highway
Next: Warga emas maut kemalangan motosikal, kereta di Sarikei

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.