Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Lelaki jatuh dari kapal belum ditemui
  • KEMALANGAN

Lelaki jatuh dari kapal belum ditemui

Utusan Sarawak 5 months ago

Sekitar operasi mencari dan menyelamat hari kedua lelaki warga India yang dilaporkan terjatuh dari kapal pengorek pasir di Sungai Rajang, Jalan Stabau, di sini pada Khamis. 

SIBU: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki warga India yang dilaporkan terjatuh dari kapal pengorek pasir di Sungai Rajang, Jalan Stabau, di sini, masih belum menemui sebarang petunjuk. 

Mangsa, Kumar Dinesh, 21, dipercayai terjatuh dari kapal pengorek pasir Winbuild 6 berhampiran kawasan operasi Syarikat Metagaya Sdn Bhd, semalam.

Menurut Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 4 Sibu, Andy Alie, operasi SAR bermula pada jam 6.50 pagi tadi melibatkan Pasukan Polis Marin, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sibu, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sibu, dan agensi penyelamat lain.

“Operasi pencarian di permukaan air dilakukan menggunakan bot penyelamat dalam radius tiga kilometer dari lokasi kejadian. 

“Tiga bot dari agensi lain turut dikerahkan untuk membantu pencarian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehingga kini, usaha mencari mangsa masih giat dijalankan. 

Continue Reading

Previous: Polis henti operasi cari tentera dipercayai dihanyut kepala air di Royal Belum
Next: Warga Myanmar terjatuh dari jambatan ditemui lemas 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.