Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Lelaki hilang lima hari di hutan Kanowit ditemukan selamat
  • WILAYAH

Lelaki hilang lima hari di hutan Kanowit ditemukan selamat

Utusan Sarawak 4 hours ago
DITEMUI SELAMAT… Lelaki yang dilaporkan hilang di kawasan Rumah Ricky, Jalan Penjulau Lukut Kanowit pada 7 Mac lalu berjaya ditemui selamat pagi tadi selepas operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan selama lima hari. Foto IPD Kanowit

KANOWIT: Seorang lelaki yang dilaporkan hilang di kawasan hutan berhampiran Rumah Ricky, Jalan Penyulau Lukut sejak 7 Mac lalu, ditemukan selamat pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kanowit, DSP Junical Ujal berkata, mangsa,22, ditemui pada 11.40 pagi di kawasan paya dalam hutan kira-kira 500 meter dari tapak Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) dalam keadaan lemah namun lengkap berpakaian.

“Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Kanowit untuk pemeriksaan lanjut dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil. Operasi mencari dan menyelamat (SAR) ditamatkan secara rasmi pada 1.00 petang,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

MANGSA ditemukan selamat pada 11.40 pagi tadi di kawasan paya dalam hutan kira-kira 500 meter dari tapak Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK). Foto IPD Kanowit

Menurutnya, operasi SAR pada hari kelima yang bermula pada 9.00 pagi tadi melibatkan kerjasama pelbagai agensi termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam (APM) serta penduduk kampung dengan jumlah kekuatan seramai 59 orang.

“PDRM Kanowit merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua agensi terlibat serta penduduk kampung atas kerjasama, keprihatinan dan semangat kesukarelawanan yang ditunjukkan.

“Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak menyebarkan sebarang spekulasi tidak benar berhubung kehilangan mangsa serta mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini,” ujarnya.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Sarang serangga berjaya dimusnahkan Skuad Bravo di Dataran Marudi
Next: Program ‘Quran Hour’ semarakkan penghayatan al-Quran di 40 sekolah Daerah Sri Aman

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.