Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Lelaki hilang ditemui meninggal dunia di Kanowit
  • Tengah
  • WILAYAH

Lelaki hilang ditemui meninggal dunia di Kanowit

Utusan Sarawak 8 hours ago
ANGGOTA bomba mengusung mayat mangsa selepas ditemukan tidak bernyawa di kawasan kebun berhampiran rumah panjang di Rantau Dilang, Kanowit. Kredit foto: PGO

KANOWIT: Seorang lelaki yang dilaporkan hilang sejak semalam ditemukan meninggal dunia di kawasan kebun berhampiran rumah panjang di Rantau Dilang di sini, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 11.27 pagi sebelum pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kanowit digerakkan ke lokasi yang terletak sekitar 45 kilometer dari balai.

ANGGOTA bomba mengusung mayat mangsa selepas ditemukan tidak bernyawa di kawasan kebun berhampiran rumah panjang di Rantau Dilang, Kanowit. Kredit foto: PGO

“Mangsa, dikenali sebagai Alam anak Entri, 51, dilaporkan keluar dari rumah menuju ke kebun di belakang rumah panjang sekitar dua kilometer pada pagi 6 April lalu, namun tidak pulang,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, usaha pencarian awal telah dijalankan oleh penduduk kampung selepas dua ekor anjing milik mangsa pulang ke rumah tanpa kehadirannya sekitar jam 11.00 pagi hari yang sama.

Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) yang terdiri daripada anggota bomba, polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta penduduk kampung kemudian dibahagikan kepada tiga kumpulan bagi menjalankan operasi pencarian di kawasan kebun dengan radius sekitar empat kilometer.

ANGGOTA bomba mengusung mayat mangsa selepas ditemukan tidak bernyawa di kawasan kebun berhampiran rumah panjang di Rantau Dilang, Kanowit. Kredit foto: PGO

“Mangsa akhirnya ditemukan oleh ahli keluarganya pada jam 3.28 petang di satu laluan kebun yang berbeza daripada kawasan kebunnya. Pemeriksaan awal mendapati mangsa berada dalam keadaan tidak bernyawa,” katanya.

Beliau berkata, mayat mangsa tidak dipindahkan sementara menunggu pengesahan rasmi daripada kakitangan Klinik Kesihatan Nanga Tada atas arahan pihak polis.

Katanya, pada jam 5.00 petang, pihak klinik mengesahkan mangsa telah meninggal dunia di lokasi kejadian sebelum mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Insiden kayak: Ahli parlimen Sibu mahu SOP aktiviti berisiko tinggi disemak
Next: PGA Sarawak rampas RM1.82 juta dalam serbuan Op Hazard 3.0 di seluruh Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.