Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Lelaki hilang dipercayai dibaham buaya di Sadong Jaya
  • Selatan
  • WILAYAH

Lelaki hilang dipercayai dibaham buaya di Sadong Jaya

Utusan Sarawak 5 hours ago
OPERASI mencari dan menyelamat dijalankan di Sungai Buloh, Sadong Jaya, selepas seorang lelaki dilaporkan hilang dipercayai dibaham buaya, hari ini. Foto BBP Asajaya

KUCHING: Seorang lelaki dilaporkan hilang dipercayai dibaham buaya ketika menjala ikan di bawah jambatan Sungai Buloh, Sadong Jaya sekitar 40 kilometer dari sini hari ini.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memaklumkan menerima panggilan kecemasan pada 12.40 tengah hari.

“Menurut saksi awam di lokasi, mangsa dikenali sebagai Mohd Faizal Abdilah, berusia 30 tahun dipercayai sedang menjala di tebing sungai bersama seorang rakannya. 

“Mangsa dikatakan telah turun ke sungai sedalam paras pinggang dan telah dibaham buaya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Operasi mencari dan menyelamat mangsa sedang dijalankan dengan menggunakan teknik pencarian di permukaan air.- Bernama

Continue Reading

Previous: Kekuatan Sarawak terletak pada perpaduan dan sikap saling menghormati – Uggah
Next: Sambutan Tahun Baharu Cina bukti kebersamaan masyarakat Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.