Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Lelaki hilang di kebun sawit Empayang ditemui selamat, Operasi SAR ditamatkan
  • Tengah
  • WILAYAH

Lelaki hilang di kebun sawit Empayang ditemui selamat, Operasi SAR ditamatkan

Utusan Sarawak 4 hours ago
MANGSA telah ditemui selamat oleh pihak polis pada 9.00 malam ini di Rumah Jimbun Sungai Sawa Ibus Roban. Foto Balai Polis Kabong

KABONG: Seorang lelaki berusia 51 tahun yang sebelum ini dilaporkan hilang selepas keluar ke kebun sawit di Empayang, Kabong, berjaya ditemui dalam keadaan selamat oleh pihak polis pada 9.00 malam ini, sekali gus menamatkan operasi mencari dan menyelamat yang dijalankan oleh agensi keselamatan.

Menurut jurucakap Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Saratok ketika dihubungi berkata, pihak berkuasa mengesahkan mangsa telah ditemui dalam keadaan selamat di Rumah Jimbun Sawa Ibus, Roban dan kes berkenaan telah selesai sepenuhnya.

Terdahulu, kehilangan mangsa mencetuskan operasi mencari dan menyelamat selepas menerima panggilan kecemasan pada 4.44 petang sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Saratok digerakkan ke lokasi kejadian.

Berdasarkan maklumat keluarga, mangsa dikenali sebagai Jobeni Akau, 51, dipercayai keluar ke kebun sawit Empayang pada 12 Jun lalu. Adiknya, Jonical Usang Akau, memaklumkan bahawa makanan yang dihantar ke kebun pada keesokan hari didapati masih tidak terusik.

Mangsa yang lazimnya pulang ke rumah selepas lima hari tidak kembali seperti kebiasaan, menyebabkan ahli keluarga membuat laporan polis di Balai Polis Kabong sebelum mendapatkan bantuan daripada pihak bomba dan agensi penyelamat.

Sepanjang operasi, pihak berkuasa turut mengedarkan maklumat serta ciri-ciri fizikal mangsa bagi memudahkan usaha pencarian sehingga akhirnya berjaya ditemui dalam keadaan selamat.

Sementara itu, pihak APM menasihatkan orang ramai supaya sentiasa memaklumkan lokasi keberadaan kepada ahli keluarga atau rakan ketika berada di kawasan kebun, hutan atau lokasi terpencil bagi mengelakkan kejadian tidak diingini serta memudahkan tindakan segera sekiranya berlaku kecemasan.

Orang ramai yang memerlukan bantuan kecemasan boleh menghubungi APM Saratok di talian 083-436094 atau talian kecemasan 999.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Projek jalan bakal tingkat jaringan perhubungan luar bandar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.