
MIRI: Seorang lelaki yang dilaporkan hilang ditemukan meninggal dunia di hutan berdekatan Terminal Bas Baru di sini, petang tadi.
Mangsa Udil Lutan, 44, ditemukan pasukan mencari dan menyelamat sekitar 3.34 petang.
Terdahulu, mangsa dilaporkan hilang oleh adik perempuannya semalam apabila abangnya tidak pulang ke rumah selepas keluar mencari sayur-sayuran hutan di kawasan hutan tersebut.
Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, mangsa berjaya ditemukan di lokasi kejadian dalam radius 1 kilometer (KM).
“Bagaimanapun mangsa disahkan telah meninggal dunia oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan yang turut berada di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.
Mayat mangsa kemudiannya diserah kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Oleh Liong Chai Ling