Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Lelaki harungi detik cemas terlibat kemalangan kendiri
  • KEMALANGAN

Lelaki harungi detik cemas terlibat kemalangan kendiri

Utusan Sarawak 2 years ago

PEMERIKSAAN… PKO membuat pemeriksaan di lokasi kejadian, malam tadi.

SIBU: Seorang lelaki berdepan detik cemas apabila kereta yang dipandunya terlibat dalam kemalangan kendiri di Jalan Ling Chu Ming, malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah TPgB II Abdul Mutalif Ja’afar berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah dikejarkan ke lokasi sejurus menerima panggilan 9.23 malam.

“Komander operasi maklumkan kemalangan kendiri melibatkan sebuah kereta. Terdapat seorang mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di lokasi kejadian,” jelasnya menerusi satu kenyataan.

Katanya, anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) membuat pemeriksaan ke atas mangsa berumur 49 tahun untuk memastikannya tidak mengalami sebarang kecederaan dan seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. 

“PKO membuat pemeriksaan menyeluruh di kawasan kemalangan bagi memastikan keadaan di lokasi kemalangan selamat. 

“Setelah selesai membuat pemeriksaan di lokasi kejadian PKO bertolak balik ke balai,” ujarnya.

Oleh AKUN GIMAN

Continue Reading

Previous: Lelaki maut, kereta bertembung lori
Next: Kanak-kanak lelaki jatuh sungai ditemui lemas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.