Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Lelaki gelandangan ditemui meninggal dunia di stesen pam Jalan Maju Sibu
  • WILAYAH

Lelaki gelandangan ditemui meninggal dunia di stesen pam Jalan Maju Sibu

Utusan Sarawak 23 hours ago
LELAKI dipercayai gelandangan ditemukan meninggal dunia di bawah tangga stesen pam Rancangan Tebatan Banjir Jalan Maju, semalam.

SIBU: Seorang lelaki dipercayai gelandangan ditemukan meninggal dunia di bawah tangga stesen pam Rancangan Tebatan Banjir Jalan Maju di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili berkata, pada lebih kurang 8.55 pagi, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam yang ternampak seorang lelaki dalam keadaan tak sedarkan diri di kawasan tersebut.

Katanya, pasukan polis telah menjalankan siasatan, mendapati mangsa tiada memiliki sebarang identiti pengenalan diri dan berumur anggaran lewat 40-an. 

“Siasatan awal telah dijalankan, mendapati tiada sebarang unsur jenayah terkesan. Mangsa ini selalu kelihatan di kawasan sekitar Jalan Maju dan juga merupakan seorang gelandangan. 

“Kes diklasifikasikan sebagai kes mati mengejut (SDR) dan siasatan masih dijalankan,” jelasnya menerusi kenyataan, hari ini.

Katanya, orang awam yang mempunyai sebarang maklumat mengenai identiti dan waris si mati boleh menghubungi pegawai penyiasat kes, ASP Binsin Lunjong (Ketua Polis Balai Sentral Sibu) di talian 0178025675. Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 27 keluarga dipindahkan ke PPS SK Bukit Arip akibat banjir
Next: Sebastian Ting turun padang tinjau kawasan terjejas banjir kilat di Miri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.