Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Lelaki dituduh bunuh tiga rakan senegara
  • NASIONAL

Lelaki dituduh bunuh tiga rakan senegara

Utusan Sarawak 5 years ago

REMBAU, 24 Jun -- Bekas pekerja ladang warga Indonesia Mohamad Rozak Nor, 20, (tengah) dihadapkan ke Mahkamah Majistret hari ini atas tiga pertuduhan membunuh, Disember tahun lepas. Mahkamah menetapkan 23 Julai depan bagi serahan laporan kimia dan laporan bedah siasat. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

BEKAS pekerja ladang warga Indonesia Mohamad Rozak Nor, 20, (tengah) dihadapkan ke Mahkamah Majistret semalam atas tiga pertuduhan membunuh, Disember tahun lepas. • Foto BERNAMA

REMBAU: Seorang bekas pekerja ladang warga Indonesia dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas tiga pertuduhan membunuh tiga lelaki senegara pada Disember tahun lepas.

Tertuduh, Mohamad Rozak Nor, 20,  hanya mengangguk faham selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Tan Chai Wei. Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Dia dituduh membunuh Hari Sucipto, 19, Ramdani Sahrul, 20, dan Gunawan Pani, 20, di rumah kongsi pekerja Ladang Chin Fatt di Gemencheh, Tampin antara jam 10.40 malam sehingga 11.00 malam, 5 Disember 2019.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ummi Amyra Natasha Azhar manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 23 Julai depan bagi serahan laporan kimia dan laporan bedah siasat. – Bernama

Continue Reading

Previous: Polis pantau 11 sekolah di Putrajaya
Next: Sekolah ada kes Covid-19 boleh diarah tutup

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.