Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Lelaki ditahan terbabit loteri awam haram di Bau
  • JENAYAH

Lelaki ditahan terbabit loteri awam haram di Bau

Utusan Sarawak 3 hours ago
SEORANG lelaki tempatan ditahan dalam serbuan ke atas sebuah premis di Bau kerana disyaki menjalankan kegiatan loteri awam haram tanpa lesen, Sabtu lalu.

BAU: Seorang lelaki tempatan ditahan kerana disyaki terbabit dalam kegiatan loteri awam haram tanpa lesen dalam satu pemeriksaan di sebuah premis kedai di sini, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Bau, Mohd Haide A Rahman berkata, pemeriksaan sekitar 3.30 petang itu dijalankan sepasukan pegawai dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau.

Menurutnya, hasil pemeriksaan awal mendapati suspek dipercayai menjalankan aktiviti loteri awam haram tanpa lesen yang sah.

“Suspek telah ditangkap di tempat kejadian dan beberapa barangan berkaitan turut dirampas bagi membantu siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan media.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 4A(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai agar tidak terlibat dalam sebarang aktiviti perjudian haram dan menegaskan bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terus mempergiat operasi serta mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti perjudian haram boleh menyalurkannya kepada IPD Bau di talian 082-763311 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan dan tindakan lanjut.

Oleh Connie Chieng

Continue Reading

Previous: 31 individu ditahan disyaki menguji kelajuan, 40 saman dikeluarkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.