Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Lelaki ditahan susulan insiden simbah cat di Miri
  • JENAYAH

Lelaki ditahan susulan insiden simbah cat di Miri

Utusan Sarawak 3 hours ago
DITAHAN… Suspek yang disyaki terlibat dalam kejadian simbah cat terhadap sebuah kereta di hadapan rumah di Miri ditahan polis.

MIRI: Seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam insiden menyimbah cat pada sebuah kereta yang diparkir di hadapan sebuah rumah di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd Farhan Lee Abdullah, berkata suspek ditahan hasil maklumat dan risikan oleh sepasukan anggota Cawangan Pencegahan Jenayah Balai Polis Pusat Miri dalam operasi yang dijalankan sekitar jam 6.14 petang di sebuah rumah di Jalan Bakam.

“Penahanan suspek turut membawa kepada rampasan seunit telefon bimbit yang dipercayai digunakan ketika melakukan perbuatan khianat tersebut,” katanya dihubungi hari ini.

Menurut Mohd Farhan, suspek kini ditahan di lokap Balai Polis Pusat Miri untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat harta benda.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Polis Lundu ganda operasi, 200 tangkapan dadah direkodkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.