
BAU: Seorang lelaki berusia 26 tahun ditahan polis selepas didapati positif dadah dalam ujian saringan air kencing yang dijalankan di Ibu Pejabat Polis Daerah Bau hari ini.
Ketua Polis Daerah Bau Mohd Haide A Rahman berkata suspek ditahan kira kira 9.15 pagi selepas ujian saringan dijalankan oleh anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik bersama anggota IPD Bau.
“Ujian saringan awal air kencing yang dijalankan terhadap suspek mendapati dia positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine,” katanya.
Suspek bekerja sebagai, seorang buruh dari Tudan Fasa 2, Miri, ditahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Menurut polis, suspek turut mengaku dalam percakapan awal bahawa dia kali terakhir mengambil dadah jenis syabu kira kira dua hari sebelum ditangkap.
Suspek kini ditahan di lokap Balai Polis Bau bagi membantu siasatan lanjut. Tiada dadah atau barang rampasan lain ditemui dalam operasi tersebut.
Oleh Connie Chieng