
MIRI: Seorang lelaki tempatan ditahan polis kerana disyaki terbabit dalam kes pecah rumah di Kampung Lusut Jaya 3C, di sini.
Polis Daerah Miri menerusi hantaran Facebook memberitahu tangkapan itu dilakukan sepasukan anggota Cawangan Pencerahan Jenayah ( CPJ ) Balai Polis Pusat Miri dalam satu operasi sekitar kawasan bandar raya ini 7.20 malam.
Dalam tangkapan tersebut, polis turut merampas satu unit kotak peralatan yang dipercayai barangan curi.
Suspek kini ditahan di lokap Balai Polis Pusat Miri bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.
Oleh Liong Chai Ling